Thursday, April 29, 2010

natrah

Saya baru habis membaca buku natrah. Hasil tulisan saudara Isa Kamari yang saya beli di pesta buku PWTC baru baru ini. Sudah lama saya mencari baru kini saya mendapat. Memang telah lama saya kempunan untuk mencari natrah, untuk mengorek apa kisah yang sebenarnya berlaku dan kehadiran buku ini di depan mata seolah olah kek keju sedap yang datang bergolek dari langit.
Berkisar dari natrah dari kecil sehingga dewasa. Buku ini amat sesuai bagi semua untuk memahami kisah sebenar nenek natrah ini.
Secara peribadi, kisah ini memberitahu saya satu perkara, bahawa agama islam yang suci ini milik Allah, dan nikmat menerima hidayah islam itu adalah nikmat terbesar sekali bagi seseorang manusia. Ibu Natrah merupakan seorang muslim yang akhirnya menjadi penyembah jesus setelah berkahwin dengan askar belanda. Natrah juga asalnya kristian tetapi diislamkan ibu angkatnya dan akhirnya dikristiankan kembali oleh ibunya....
Permulaannya konflik cuma antara perebutan Natrah oleh ibu dan ibu angkatnya...akhirnya berubah menjadi pergaduhan antara undang undang barat dan undang undang islam...
Natrah datang ke Tanah Melayu sebagai Natrah yang menyembah Allah dan akhirnya keluar dari Tanah Melayu sebagai Maria penyembah jesus.
Mmemang betullah la...sedangkan Abu Talib bapa saudara nabi sendiri pun mati dalam keadaan kafir...Agama ini milik Allah...kita sepatutnya bersyukur kerana telah terpilih untuk menyembahNya...dan nikmat ini perlu disyukuri sebab Allah maha kuasa untuk menarik balik bila bila masa saja...kisah natrah membuktikan...

Saturday, April 10, 2010

~penat~

saya dah penat...
saya tak tahu akan jadi sepenat ini
kalau saya tahu
saya akan elakkan diri sahaja
rasanya masih belum terlambat...
untuk hilangkan penat ini
cuma untuk hilangkan penat ini
buat saya lagi penat...
bila baru awak boleh faham...
macamana baru awak boleh faham...
oo00oo

Wednesday, February 24, 2010

currently am damn busy preparing myself mentally and physically for g.Kinabalu trip...batu caves...done, broga hill...done...next would be bukit tabur and gunung nuang...uhuhh...next week would be my btn...5 solid days...uhuh...masak wa beb...and sekarang tgh belajar bawak keta dengan azhar uhuh..suddenly feels damn tired taking public transport balik kampung...(belagak...hehehe)oredi planning to buy car...still thinking about vietnam offer...1750...hurmm...so practically, this my my very busy year with work pilling up every single day...and i like being busy...keeps me away from stupid thought and make me toooooo damn busy to think about man...wat to go aida...

Sunday, January 17, 2010

~...~

saya tak pernah berangan menjdi orang kaya...hubungan saya dengan en. duit berapa cemerlang...saya telah membuat pilihan dan memiliki duit yang banyak bukan pilihan saya...sekadar memiliki cukup untuk menampung kehidupan saya dan tanggungan saya itu sudah lebih dari cukup...sekadar mengelak dari meminta minta itu sudah cukup...saya cuma menginginkan kehidupan yang sesederhana mungkin...sebuah rumah kayu di tepi pantai dengan kehidupan kampung yang sangat sederhana...itu pilihan saya...seorang atau berdua itu di luar bidang kuasa saya...cukup...jangan tanya soal cita cita dan harapan...saya sudah sandarkan segala galanya kepada Dia...sudah cukup saya mengejar dunia ini untuk diri saya...saya bukan orang kecewa...well i lied, saya memang orang kecewa, dikecewakan dunia...dan saya perlu adil dengan hati saya untuk tidak kecewa lagi...
Hati...saya mendengar laungan anda, sabar ya...kita perlu jalani kehidupan ini dahulu...tiba saatnya roda kehidupan ini akan berputar lagi...bersabarlah...

Wednesday, October 07, 2009

...

somehow
it feels damn hurt inside
then i realize
there's a hole inside my heart
after you left...

Sunday, September 27, 2009

cerita hari raya saya

beberapa hari sebelum raya...
adik lelaki bongsu saya bawak beg saya pegi sekolah, baju dalam zip belakang dia dah keluarkan dan dia ganti dengan buku sekolah dia. zip depan dia tak bukak. Dia pi sekolah, balik dari sekolah:
adik : kak long, tadi adik bawak beg kak long pi sekolah
saya : dah tu
adik : adik bukak zip depan tu, adik ingat kotak pensil adik, mekap kak long rupanya

ayat yang dia sembunyikan,(adik ngan kawan adik main dengan mekap kak long tu) yang dia terlupa sembunyikan (kat kening dia ada eye shadow kaler purple)...

saya : dah tau, tengok kening hang dah tau.

hari raya
faiz sepupu saya, mak lang bini pak lang, pak lang tu sepupu mak kitorang
faiz : kak long, faiz boleh salam dengan mak lang tak?
saya : tak boleh kot
faiz : sebab apa tak boleh
saya : sebab hang dengan dia tu boleh kawen
faiz : tapi mak lang dah kawen dah, cemana faiz nak kawen dengan dia
saya SPEECHLESS

raya yang sangat best...uhuh

Tuesday, August 18, 2009

just a thought

minggu lepas berkesempatan menghabiskan masa di tepi pantai. Pantai Port Dickson ja pun. Duduk bermalas malasan di atas satu bench tepi pantai sambil tengok matahari terbenam sementara nak menunggu maghrib. Dapat tengok awan dalam berbagai bagai formasi, cahaya bermain dengan berbagai bagai warna. biru, putih, oren, merah. Allah cipta pemandangan yang sangat mengkhayalkan tu guna 2 kombinasi sahaja. Cahaya dan titisan air, sudut cahaya terkena titisan air tu menentukan warna yang terhasil. Betapa agungnya kuasa Allah, Sesungguhnya nikmat yang mana lagi yang boleh saya dustakan...