survey
semalam
ada orang datang rumah wan buat survey...tengah syok tengok tv,,,dia mai,,,tak pa lah...rakyat malaysia kan sopan santun so aku pun layan lah...pastu dia pun tanya arr soal...
salah satu soal dia tu camni... apa pendapat aku pasai korupsi...dah memang aku tak tau...aku pun jawab la tak tau,,,awat plak tanya aku???kann,,pastu akak tu pun kata mestilah kena tanya orang awam takkan nak tanya kat orang yang terlibat plak???dalam ati aku (dah tu tanya aku ni nak jawapan yang macammana?) kak tu tengok muka aku keliru semacam ja dia pun nak terang...sambil bagi penerangan tu dia bagi contoh la konon-kononnya nak tambahkan lagi pemahaman aku pasai subjek korupsi ni...
contoh yang dia bagi "katakan macam ni kerana disebabkan korupsi harga roti boleh jadi 8 ringgit satu bungkus...roti yang kita makan tu"...aku wat muka blurr lagi...pas tu aku tanya dia macammana plak korupsi boleh buat harga roti jadi camtu...
dia balas "akak kata contohlah adik ni jangan la lurus sangat"...
yang aku bengang bukan pasai dia kata aku lurus...tapi dah dia bagi contoh aku pun cuba la pikiaq dari contoh yang dia bagi tu...pastu salahkan aku plak
kalau tak bagi aku pikiaq dari contoh yang dia bagi, tok sahlah bagi contoh...
contohnya ntahapahapantah...
nak terangh.terang lah tapi bagi la contoh yang sesuai... jangan la main tembak saja.
ari ni
sibuk arr kena prepare untuk ucapan rabu ni...memula dapat tugas cam tertanya-tanya arr gak pasai pa kena bagi ucapan plak..dahla aku tak suka cakap depan orang ramai ni...mulalah ketaq pala lutut...rasa cam nak pitam pun ada...pastu pikiaq2 balik...mungkin nilah peluang aku untuk berubah...sampai bila nak idup macam ni...tak berupaya memberi ucapan depan khalayak..jadi aku terima ni sebagai cabaran dan aku nak cuba atasi keketaran aku tu...
siapa kita kita sendiri yang tentukan
0 Comments:
Post a Comment
<< Home