Thursday, March 09, 2006

kek coklat dan kek buah

Dulu saya suka makan kek coklat, sebenarnya sekarang pun saya masih berkeinginan untuk makan kek coklat. Tapi malangnya kek coklat saya sudah habis. Saya juga kesempitan wang untuk membeli kek coklat yang baru. Lalu saya pun membuat keputusan, yang saya kira pada waktu itu adalah keputusan yang bijak. Saya ubah kesukaan saya dari kek coklat kepada kek buah yang harganya jauh lebih murah. Pada fikiran saya baki kek buah yang saya beli itu boleh saya simpan untuk membeli kek coklat lagi. Pada peringkat permulaan kek ini biasa saja rasanya, walau pun kek coklat dulu jauh lebih menyelerakan berbanding kek buah ini. Saya terus menjamah kek buah ini, dalam masa yang sama menyimpan wang untuk membeli kek coklat (sesungguhnya saya masih setia dengan kek coklat ini ) dan juga membayar hutang piutang saya. (saya dulu pernah berhutang bagi membeli kek coklat kegemaran saya - masa itu saya terlalu suka dengan kek coklat, tapi saya tidak mempunyai wang dan saya masih terlalu muda untuk memiliki wang saya sendiri). Saya memujuk mulut saya, lidah saya, esofagus saya, perut saya, usus kecil dan besar menerima suasana baru ini. Pada peringkat permulaan, semua organ dalaman saya boleh menerima kek buah tersebut. Seperti yang telah saya nyatakan di awal tadi walau pun tak sesedap kek coklat dulu, tetapi kek buah ini masih boleh dimakan. Tetapi entah apa yang tak kena, setelah beberapa ketika kek buah ini mula rasa tidak sedap. Masam, tawar, mungkin dah nak basi. Saya lihat tarikh luput, masih ada beberapa lama lagi. Apa sebenarnya yang berlaku? Saya sudah tidak faham. Adakah saya tidak berupaya lagi memujuk organ dalaman saya menerima kek ini. Atau saya sendiri sudah tidak mampu menipu diri sendiri bahawa kek buah ini sebenarnya tak sedap rasanya. Apa yang perlu saya lakukan, saya sudah buntu, nak membeli kek coklat semula, saya masih tak mampu, nak meminjam wang untuk mendapatkan kek coklat semula, saya dah malas berhutang. Tapi saya masih menaruh harapan untuk menjamah kek coklat tersebut, mungkinkah saya perlu cari kek lain menggantikan kek buah tersebut dan meneruskan perancangan saya. Atau mungkin ada cara lain tetapi saya masih dalam kesamaran. Saya sudah tak tahu, tapi masih menyimpan keinginan untuk tahu.

2 Comments:

Blogger kunci hilang said...

makan pisang je la, dude.

9:33 AM  
Blogger kambing said...

pisang tak best

4:24 PM  

Post a Comment

<< Home