Sunday, March 12, 2006

kabel

Adik perempuan saya akan berpraktikal bulan jun ini. Dia menggunakan pengaruh pak cik saya, orang yang agak berpengaruh untuk menolongnya. Kiranya mengikut istilah orang sekarang sebagai kabelnya lah.
Saya berbual dengan ayah, saya katakan padanya saya tak suka menggunakan kabel kerana lebih suka berusaha mendapatkannya sendiri. Lebih bermakna. Ayah juga bersetuju. Saya seterusnya bertanya bagaimana ayah saya berjaya memasuki angkatan tentera (belajar sehingga tingkatan 3 sahaja - (berhenti secara sukarela)), berkhidmat bersama sama pasukan perisikan pula (intelligent). Ayah mula bercerita dulu masa kerja kutip bola golf (apa namanya - kedi mungkin), Kena tangkap polis (samseng sungguh bapaku dulu) sebab bergaduh dengan orang. Kemudian kena bicara. Hakim yang membicarakan kes ayah saya pada masa itu secara kebetulannya adalah Sultan Azlan Syah. Ayah kena denda RM 150 ringgit (sungguh bahagian ni saya kurang percaya pada mulanya). Sambil Baginda sultan memberikan tawaran, mengumpan ayah saya memasuki angkatan tentera. Saya kira barangkali dia juga sudah bosan membicarakan kes ayah saya (ini bukan kali pertama). Ayah pun setuju.
Kemudiannya saya ketawa seperti orang gila. Ayah melihat terpinga-pinga. "Itu pun kira kabel jugak lah yah" Kata saya sambil menyambung ketawa."eh mana boleh kira macam tu, dulu susah nak masuk tentera",balas ayah. Tapi saya masih tak berupaya berhenti ketawa. Kalau orang lain tentu dah kena, tapi saya anak kesayangan dia. Tak lah saya kena.

4 Comments:

Blogger blackpurple @ jowopinter said...

'Kabel' pun sekarang orang dah tak pakai sangat kambing.... diaorang sekarang pakai 'fibre optik' dah.....hehehe....

10:35 PM  
Blogger kambing said...

oh ye ke, tak sangka saya dah ketinggalan zaman.hehe nanti saya akan cari ayat yang lebih mengikut zaman

4:28 PM  
Blogger Zue said...

haha...sungguh kelakar..tidak sangka ya bapa mu perisik..jika dilihat sekilas pandang, diam2 saja orgnya...tapi aku rasa, kabel tu kadang2 mmg penting..cuma jgn la kabel tu memilih kita dan menidakkan colan yg lebih baik...sekurang2 nya biar kita dipilih kerana kita mampu bekerja..bukan kronisme semata2...itu penganiayaan....

5:01 AM  
Blogger kambing said...

zue....lama tak jumpa

6:02 PM  

Post a Comment

<< Home