Saturday, May 16, 2009

16 Mei 2009

minggu ni otak sangat serabut... semua serba tak kena...dah hati hati pun kena lagi...heheheeh
mak pesan biar la... ini ujian lagi. tak dak apa yang pelik.mak siap bagi doa lagi untuk tenangkan hati...
aku : kita tak penah buat macam tu pun kat orang
mak : dah dia ngan kita tu bukannya sama
aku : sampai hati dia buat camtu
mak : takpa, ini ujian buat kita, dia buat kat kita nanti orang lain buat kat dia pulak
aku : rasa nak amik pisau tikam tikam kepala dia
mak : hahahhaahahaah
kat sini lebih nya mak dari orang lain, mak tak penah rasa nak membalas apa yang orang buat dekat dia. Waktu orang tuduh adik mencuri, mak tak cakap apa apa pun, walaupun orang tu tuduh tanpa ada bukti pun, mak tak mau bagitau kita, sebab tak mau kita gaduh dengan orang. itu jugak yang mak ajar anak anak dia. Semua yang jadi, mak anggap ujian. Kata mak ujian tandanya Allah sayangkan kita, Dia tengah tengok kita, itu lagi baik dari hidup aman damai, kita taktau Allah tu sayangkan kita atau tak.
Kita tau mak, ujian untuk mak lagi berat, dari mak muda sampai sekarang, tak penah berenti, kalau kita la kan mak dah lama kita give up. tapi mak tak penah mengeluh menyalahkan Allah. Lagi mak suka di uji, entah bila kita boleh jadi macam mak... Kita tahu mak selalu doakan kita ngan adik adik, mak bukan setakat mak, mak jugaklah bestfren, dan cermin diri yang paling jujur.
Selamat hari ibu...

2 Comments:

Blogger hunadya said...

mak kite baik kn...;)

7:43 AM  
Blogger kambing said...

hunadiiiiiiiiiii

12:19 AM  

Post a Comment

<< Home