Sunday, December 25, 2005

this week

this week is a total disaster.......friday went home... ticket 6.00pm. i dunno what got into me.. few weeks before i just bought the ticket without even thinking.6 o clock...i finish work at 5.30.....what was i thinking....and to make it even more worse.... that same day i got tons and tons of work to be finished and amazingly my boss gimme deadline till tuesday before 2 pm and sat, sun, and mon are public holidays.........and she just told me bout that respective work at 5.00pm......i was mad ...really mad...... at first... but then after few minutes thinking that she's also very new to this project, maybe she just need time to really understand all bout it...and that she offers to send me to the lrt station, i'm ok again....
at home
saturday 6.00 am.
azlie sakit... mak kata dia sakit perut pastu tergesa-gesa gerak aku bangun suruh pi tengok... again another test from the al mighty.......appendicities.... really thank god that i'm home. sebab masa aku sampai mak aku tengah jelum dengan air suam pastu suh dia sapu minyak angin.....at the same time gerak pak sedara aku hantar dia pi klinik.... pastu selepas di nasihat atau diberi arahan oleh aku terus hantar pi hospital sebab aku sangat yakin itu sakit appendiks.
dia masuk wad
aku plak ahad kena balik kl dengan harapan nak buat keja....bukan nak ignore adik aku yang kena bedah the very same day.but he'll understand...he always does........
i have to work.....or i'm going to invite more trouble so... i really have to keep this work....
back in kl... ofis plak tak bukak
so kena wat keja kat cc. which is exactly what i'm doing here.....
and i forgot to to bring along my discette...not to mention my pendrive still with ita my dearie friend
so skang nih tengah hantar via e mail to my e mail add yang official of course
huh.... what a day... sebenarnya dah agak lama gak tak diuji cam nih.....aku dah beginning to think Dia dah lupakan aku, dah start takut dah. neway with life so miserable like this...at least i know that He still watching me, He still with me...there's nothing to be afraid of...He's up there...and hopefully in my heart forever will be

Thursday, December 08, 2005

langit yang membiru

masa form 3 penah tanya cikgu sains, cikgu siti hawa 2 soalan sains.jawapan yang aku dapat adalah berupa semburan-semburan sinis seolah-olah soalan yang aku tanya bodoh gila.

soalan 1)"cikgu, langit tu kat mana arr?"
soalan 2)"cikgu, kalau chemical reagent tu dikatakan tak wujud macam kita kita tau kewujudan dia"(merujuk kepada satu kelas bahan kimia yang dikelaskan sebagai tak wujud)

jawapan 1) langit tu kat atas la....muka menyinga
jawapan 2) dah ditulis kelaskan sebagai tak wujud, tak wujud la

sekalung tahniah buat cikgu hawa kerana telah berjaya memadamkan perasaan suka bertanya dalam diri aku...sebab aku kena dalam kelas...dan time tu aku sangat malu...lepas dari tu aku pak penah tanya lagi apa-apa soalan pun kat sesapa pun...cuma muka yang menunjukkan aku ada soalan saja..tak penah sekali pun aku angkat tangan utk tanya walaupun aku tak tau...sampai masuk usm...masuk kelas prof aziz...paper apa ntah tapi pasai CT scan..principle dan image dia...dia sorang saja yang aku ingat perasan aku buat muka kompius tu...dia kata ada soalan (aku buat muka kompius sebab aku memang tengah kompius pasai halaju elektron tu), pastu dia kata "tu yang kat belakang tu, ada soalan"(aku tengok dia, dia memang tengah tengok aku) pastu aku diam saja sebab takut nak tanya pastu dia kata lagi "tak pa, kalau ada soalan tanya saja, soalan bodoh pun tak pa, kalau ada soalan bodoh, kita jawab dengan jawapan yang bijak"...sambil tengok aku... pastu aku pun tanya setelah berjaya mengumpul kekuatan..dan dia pun terang dengan macho nya... arrr aku suka

so, tak leh nak salahkan bebudak kalau jarang atau tak suka bertanya...aku rasa cikgu tu tak tau nak jawab soalan aku macammana, maybe sebab dia tak paham soalan aku, atau dia sendiri tak tau jawapan dia apa, atau dia sendiri tak penah terpikir soalan tu...kenapa tak jawap elok-elok. atau kalau tak tau balik cari arr sebab dia atau ajak aku pikir sesama ngan dia... macam tu budak akan lebih respek dan lebih suka berpikir lagi...so lebih banyak ilmu

soalan aku tak bodoh, langit tu kat mana?
aku surf internet untuk cari jawapan sendiri lepas habeh belajar...sebab selama ni aku ingat yang warna biru kat atas tu la langit. yang warna biru kat atas yang kita nampak selama ni tu adalah hasil dari serakan cahaya matahari oleh zarah-zarah udara pada atmosfera.serakan ni di kawal oleh raleigh scattering yang mengatakan bahawa warna biru akan terserak lebih banyak sebab panjang gelombang dia yang pendek.sebab raleigh scattering akan berlaku bila cahaya bertindak dengan bahan yang lebih kecil dari jarak gelombang cahaya yang datang...so warna biru tu terserak lebih banyak berbanding warna lain dalam spektrum cahaya...so kita nampak la seolah-olah ada blue layer kat atas tu yang kita panggil langit...

jawapan yang dibagi langsung tak tepat...dah lah marah- marah...maybe kebanyakan cikgu hanya tau apa yang ada dalam silibus saja...benda ni tak baik...sebab di tangan anda (cikgu-cikgu) ada bakal doktor, bakal saintis, bakal perdana menteri, bakal itu, bakal ini... kalau buat perangai camni... tak heran la generasi yang baru malas nak pikir...cikgu pun cam tu...aku pun nak jadi cikgu gak.. tapi nak tunggu sampai aku dah sedia dan dah dapat apa yang aku nak supaya aku tak end up jadi macam cikgu hawa yang aku sayangi dan kasihi...aku pun tau dia sayang dan kasih kat aku...dia cikgu aku aku tau la

Thursday, December 01, 2005

MELAYU oleh Usman Awang

Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun

Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan
Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar

Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut
Biar mati adat
Jangan mati anak

Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya :
Jawa itu Melayu,
Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu
Minangkabau memang Melayu

Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu
Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah mua'alaf bertakrif Melayu
(Setelah disunat 'anu'nya itu)

Dalam sejarahnya Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan

Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara

Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
tanah sebidang mudah terjual

Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba
Berbuahlah pisang tiga kali

Melayu itu masih bermimpi
Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri

Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak

Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan

Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut

Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Segala yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
"Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran"

Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan

Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka...