Tuesday, May 16, 2006

masa tu dia baru umur 12 tahun. Baru darjah 6, cikgu dia, masuk kelas. cikgu tu bagi latihan suh buat. semua orang pun kena buat. termasuk dia. masa dia tengah kusyuk buat atau sebenarnya berangan konon-kononnya nak cari idea, cikgu dia panggil dia. Anak murid yang taat, dia pun pi. Diri sebelah cikgu, cikgu pandang muka dalam-dalam pastu diam kejap - kumpul kekuatan kot.pastu dia cakap.
cikgu dia: kenapa dengan awak ni
dia: ha! (muka tercengang)
cikgu dia: Awak taukan peperiksaan dah dekat, kenapa cikgu tengok awak main-main lagi. keputusan awak pun dah makin merosot.
dia tercengang, pastu tak tau nak cakap apa dia tersengih
masa tu dia kecik lagi, sekarang dah besar, bila dah besar baru faham apa maksud cikgu dia tu.
cikgu dia tak terus diam bila nampak dia tersengih...Ada satu ayat yang dia terus ingat sampai hari ini.walau pun dah masuk belasan tahun peluru sesat tu mengena dia.
dialog sambungan
cikgu dia: *tut*, awak dah ada jaminan ka? maksud saya kalau awak tak pass exam ni ayah awak dah sediakan kerja yang bagus untuk awak ka? dah ada syarikat yang tunggu awak?
dia: terdiam, pandang lantai pastu pandang muka cikgu pastu sengih lagi jawab "tak dak"
cikgu tu sambung khutbah penutup dia. sungguh masa tu dia memang tak paham apa maksud cikgu dia tembak soalan pelik-pelik cam tu.
buat cikgu dia, terima kasih dia ucapkan sebab risaukan diri dia melebihi diri dia sendiri. Sekarang dia dah besar, dah faham apa yang cikgu dia maksudkan.
Dia kata cikgu tu, ayat cikgu tu dah terlekat macam tatoo kat hati dia, dah tak boleh padam lagi walau guna laser sekalipun.
Dia bagitau saya dia betul-betul terhutang budi dengan cikgu dia tu.Dia kata kalau bukan sebab kata-kata cikgu tu mungkin dia bukan dia yang hari ni. hehehe salah tu- semua kan dah takdir.kalau cikgu tu tak basuh dia hari tu pun dia akan tetap jadi dia hari ni.
Tapi dia kata dia gembira sebab takdir tuhan meletakkan cikgu dia tu di tengah laluan hidup dia.
Selamat Hari Guru Buat Cikgu Dia dan cikgu orang lain

Monday, May 15, 2006

cerita rumet saya

kak farah baru beli kasut. kaki dia melecet, jadi dia pakai sarung kaki. Hari pertama pakai sarung kaki rakan sejawatan dia tegur.
Rakan dia: wah farah, alim ya kamu sekarang nih
dia:alim? apanya
rakan dia: tu dah pakai sarung kaki sekarang nih.
dia: ha? alim? hish kamu ni. kalau aku alim dah tentu lah aku pakai tudung. saja ja tau.

Thursday, May 04, 2006

Surat Terbuka buat encik masalah

Surat Terbuka buat encik masalah

Kehadapan encik/cik(maaf, saya kurang pasti jantina anda) masalah yang saya hormati,
Ingin saya nyatakan disini bahawa kehadiran anda yang tak pernah saya undang sangat saya hargai. Anda telah menemani saya sejak saya masih kecil lagi. Tak pernah saya ingat hidup saya tanpa kehadiran anda di sisi.
Encik/cik
Saya dah penat melayan anda-anda menyebabkan hidup saya kucar kacir, kacau bilau-itu saya tak kisah saya masih mampu bertahan tapi saya akan jadi marah bila kehadiran anda menyebabkan saya terpaksa melukakan hati orang lain-insan yang dekat dengan saya, yang punya tempat di hati saya. Saya juga jadi marah bila anda menyebabkan saya terpaksa menghancurkan harapan yang saya dah beri pada orang. Kenapa anda selalu hadir tanpa memberi isyarat dahulu, sekurang-kurangnya saya boleh membuat persiapan awal .
Encik/cik
saya tahu kehadiran anda menyebabkan saya jadi lebih matang, lebih bertanggungjawab, lebih memandang kehadapan. Tapi anda sedarkah kehadiran anda telah menyebabkan saya memaksa diri saya menjadi matang sebelum usia saya. Anda telah men"tua"kan saya sebelum usia saya sendiri. Saya langsung tak diberi peluang untuk merasakan keseronokan zaman kanak-kanak, kalau ada pun keseronokan itu terlalu sekejap-tak sempat melekat di kepala pun.
Encik/cik
Saya bukan meminta anda menceraikan saya dengan talak tiga jauh sekali menggantung saya tanpa tali-cukup sekadar memberikan saya ruang untuk bernafas, menghirup udara segar dan menikmati hidup. Saya akui saya masih perlu anda di sisi, terlalu lama kita bersama-tak boleh saya nak membayangkan hidup tanpa kehadiran anda.
encik/cik
Saya cuma mahu menikmati hidup yang singkat ini. Orang kata kehadiran anda membawa warna-warni dalam hidup. Saya rasa hidup saya dah terlalu padat dengan warna-warna, sampai dah nampak serabut. Tak tahu warna apa yang dominan, yang resesif.
encik/cik
Saya cuma mohon sedetik masa untuk menikmati hidup saya, menghayati keindahan alam, menghargai setiap kejadian di hadapan saya. Sedarkah anda kehadiran anda menyebabkan saya terlupa menghayati permata di depan batang hidung saya kerana terlalu asyik memandang kaca yang bertaburan di atas jalan raya.
Encik/cik,
Saya bukan kecewa dengan hidup, saya bukan takutkan kehadiran anda, saya lebih gagah dari yang anda sangkakan, saya akan selalu mengatasi anda, saya akan dan saya perlu mengatasi anda. Saya bukan ingin mengomel atau merungut, saya cuma ingin meluahkan perasaan saya. Datanglah lagi, kali ini saya sambut anda dengan tangan terbuka.
Aaaaahhhhhhh lega
Sekian, terima kasih
kambing