Wednesday, November 26, 2008

today 26 Nov 2008

this idiot is really testing my patience...
just way too much...
but i just can't blow my anger towards him.
huargh
should i have a gun in my hand rite now. without any hesitation i am so gonna pull the trigger and blow his fucking head off...
fuck all the feelings i had for him
fuck the ....argh fuck him

sejak bila aku suka mencarut nih...

Thursday, November 13, 2008

penat-sangat-sangat-sangat

These few weeks sangat exhausted. damn exhausted. and the worst part is damn broke... tu la ronggeng tak ingat dunia. ingat dah almost 2 weeks balik keja malam. kerja piled up, dengan meeting sana sini terpaksa balik malam nak mengabihkan keja... itu yang exhausted sangat. Walaupun damn exhausted, yesterday the sun was like smiling at me... my database yang i've been working on since - phew quite long time ago, can't recall when i actually started the project, finally runs... and i successfully tested it on every pc kat lab... hahahhaahah gelak cam setan...
So this weekend i'll be spending my holidays in office to do some final touch on the database before present it to boss. I've had enough with this project and nak quickly finish everything so that there's no need for me to think about it anymore and i can start focus on something new.
hahahah
that's the spirit...
go girl

Sunday, November 09, 2008

hari ini 10 Nov 2008

maleh doh nak jiwang jiwang karat ni...
biorle...
database aku tak leh run lagi
geram....
geram....
geram....
Azhar akhirnya buat keputusan untuk sambung belajar. Keputusan yang sumer orang tunggu tunggu. Mak lah rasanya orang yang paling syukur sekali. Mak paling sabar dan paling tekun berdoa. Dari dulu lagi aku perasan, kekuatan mak ialah keyakinan mak yang sangat tinggi kepada Allah. sangat sangat tinggi. perangai anak anak mak termasuk ayah macam macam. mak akan tegur walau pun dia tau teguran dia tu kitorang tak amik port pun. tapi mak tak penah gabra. tenang ja sambil mengharap dan terus berdoa kitorang akan berubah. Alhamdulillah, berkat doa dan kesabaran mak, sorang demi sorang anak anak dia berubah...
Maklah contoh terbaik untuk aku... bila/kalau aku jadi sorang mak satu hari nanti.. aku nak jadi mak yang macam mak aku...

Friday, November 07, 2008

Senangkanlah hatimu

Kalau engkau dicintai orang dan mencintai, senangkanlah hatimu. Tandanya hidupmu telah berharga, tandanya engkau telah didaftar anak bumi terpilih,. Tuhan telah memperlihatkan belas kasihNya kepadamu lantaran pergaduhan hati sesama makhluk. Dan jiwa yang di seberang masyrik dan maghrib telah terkungkung di bawah satu perasaan di dalam lingkungan tuhan. Di sanalah waktunya engkau mengetahui rahsia perjalanan matahari ke dalam falak, ketika fajarnya dan terbenamnya, tandanya Tuhan telah membisikkan ke telingamu nyanyian alam ini. Lantaran yang demikian, dua jiwa berenang di langit khayal, di waktu orang lain terbenam, keduanya berdiam di dalam kesukaan dan ketenteraman, bersenda gurau di waktu bersungguh-sungguh.
Dan kalau engkau mencintai tetapi cintamu tidak berbalas, senangkanlah juga hatimu. Kerana sesungguhnya orang yang mengusir akan jatuh kasihan dan ingin kembali kepada orang yang diusirnya itu setelah dia jatuh dari matanya: dia akan cinta, cinta yang lebih tinggi darjatnya daripada cinta lantaran hawa. Terpencil jauh membawa keuntungan insaf, kebencian meruncingkan cita - cita dan membersihkan perbuatan. Dengan sebab itu, engkau akan beroleh juga kelak tempat merupakan cinta itu, kalau tidak pada insan, ada pada yang lebih kekal dai insan. Bersedialah menerima dan menyuburkan cinta, walau bagaimana besar tanggunganmu, kerana cinta memberi dan menerima, cinta itu gelisah tetapi membawa tenteram. Cinta pasti lalu di hadapanmu, sayang engkau tak tahu bila lalunya.
Hendaklah engkau menjadi orang besar, yang sanggup memikul cinta yang besar. Kalau tak begitu, engkau akan beroleh cinta yang rendah dan murah, engkau akan menjadi pencium bumi, engkau akan jatuh ke bawah, tak jadi naik ke dalam benteng yang kuat dan teguh, benteng yang gagah perkasa yang sukar tertempuh oleh manusia biasa. Kerana tugu cita - cita hidup itu berdiri di seberang kekuasaan dan kemelaratan yang diletakkan oleh kerinduan itu sendiri.
- Isa Kamari - Memeluk Gerhana petikan dari buku Tasawuf Moden - HAMKA