Thursday, November 09, 2006

Isnin lepas saya berada di Bali. Pantai yang bersih, cantik saujana mata memandang. hari terakhir tiada aktiviti- free and easy. Pagi-pagi buta saya memilih untuk berjalan-jalan di tepi pantai seorang diri. Semua sibuk mengemas. Penat berjalan saya berehat di atas tembok di tepi pantai. Sebelah kiri saya ada 2 orang lelaki bermain permainan seakan-akan badminton tetapi tanpa net, menggunakan bola tenis, dan raket ping pong. Kelihatannya sangat gembira. Hujan yang turun dengan lebat secara tiba tiba memaksa saya berteduh di bawah sepohon pokok rendang. salah seorang dari lelaki yang bermain badminton tadi juga berteduh d bawah pokok yang sama. Dia memandang saya sambil tersenyum. Saya yang sememangnya diajar dengan adab sopan santun membalas senyuman itu seikhlas mungkin. Dia kemudiannya mengeluarkan fail berwarna hijau yang entah dari mana datangnya. Mempelawa saya untuk melukis tatu di badan saya. Saya sekadar tersenyun dan menolak sehemah mungkin. Menyaksikan dia sangat bersungguh-sungguh, saya berterus terang bahawa saya seorang muslim dan kedudukan saya melarang saya dari memiliki tatu.
Kemudiannya saya bertanya tentang keluarga beliau- bukan kebiasaan saya bertanya hal peribadi orang tapi kali ini, saya begitu teruja. Bagaimana dia boleh meneruskan hidup sambil menyara isteri dan tiga orang anak hanya dengan melukis tatu. Dia mengeluarkan dompetnya dan menunjukkan foto ketiga tiga anak beliau. yang sulong berusia 21 tahun juga melukis tatu, yeng kedua 19 tahun tidak bekerja, yang ketiga perempuan tunggal dalam keluarga pelajar universiti. Tiba tiba dia bercerita mengenai anak keduanya yang menjadi punca kerisauannya. Tidak bekerja suka mabuk dan menghabiskan wang orang tua. Berkhutbah betapa kerasnya hati anak yang ini. Betapa saban hari dia berdoa supaya bertemu jalan yang betul. Dalam kesusahan sebegiti pun dia masih mampu menikmati hidupnya. Sesungguhnya banyak rahsia tersembunyi di sebalik garis senyuman di wajah beliau.
Tetiba saya terdetik untuk bersyukur dengan keadaan diri saya. Walaupun saya tidak kaya, sekurang-kurangnya saya lebih beruntung berbanding pak cik ini. Hari- hari saya merungut hidup yang saya jalani. Saban hari mencemburui kegembiraan orang lain kerana saya tidak gembira. Sesungguhnya saya berganda-ganda lebih beruntung berbanding pak cik itu. Terima Kasih kepada tuhan kerana menemukan saya dengan beliau. Biarpun tidak seagama, Dia banyak mengajar, walaupun tidak tinggi belajar, Dia sedia berkongsi pengalaman.
Betul cakap Akih, yang penting kopinya bukan cawannya, kopi yang pahit takkan jadi manis dan sedap dalam cawan yang mahal. tetapi kopi yang sedap akan tetap sedap walau dalam tempurung kelapa sekalipun.