Monday, February 25, 2008

Pohon Iman

Dahulu,
pohon itu sangat rendang,
daunnya yang melebat,
batang dan dahannya yang besar besar,
menjadi saksi kekuatan akar yang terperosok di celahan bumi,
kemudian,
datang tangan tangan sial dan celaka,
mencantas setiap daun,
rakus memenggal setiap dahan,
hingga akhirnya hanya tinggal satu batang yang besar,
kini,
daun daun hijau mula menjenguk dari celahan batang yang tinggal,
lebih muda lebih kuat dan lebih lebat dari dahulunya,
pemilik tangan yang sial dan celaka itu lupa,
yang penting bukan daun, atau batang, ataupun dahan,
akar itulah sebenarnya jantung dan nadi yang akan terus berdenyut,
dan akan terus menampakkan diri,
dan akan terus menghasilkan daun daun baru,
dan akan terus mengecewakan pemilik tangan yang sial dan celaka itu.

-aida-

Wednesday, February 13, 2008

Kegembiraan saya


1)Hampir 20 tahun yang lepas, masa saya diberitahu arwah Tok Ngah, guru mengaji saya pada waktu itu, saya dah boleh naik quran, dan sebaik memberitahu arwah Tok Wan pagi tu, tengaharinya Arwah Tok Wan keluar dengan honda cup nya dan balik bawak Quran berbalut kertas surat khabar.

2)Beberapa tahun lepas, dalam tahun 2006, masa tahun akhir di USM, bila semak keputusan semester akhir secara dalam talian, saya dapat sijil dekan... tuhan saja yang tahu gembiranya saya masa tu.segala usaha rasa terbayar.

3)Beberapa hari lepas, balik rumah masa raya cina, pokok bunga ros yang saya tanam Disember lalu (ambil di rumah Akih), berbunga, warna merah jambu. Suka sangat. Saya pun tak tahu saya suka tanam bunga. Mungkin turun dari arwah Tokwan yang sangat suka tanam pokok bunga.

Sunday, February 03, 2008

JELATANG

Cerita ni dah abih, tapi saya tak peduli, saya nak tulis jugak.
So ending dia Suria ada Schipzophrenia although saya rasa the correct term untuk disorder yang suria alami tu ialah MPS-Multiple Personality Syndrome. Meaning dia ada personaliti yang berbeza beza. Where else Schipzophrenia as far as i am concern adalah seseorang yang ada alami delusional-be it dari segi pendengaran atau penglihatan-meaning dia nampak apa yang orang tak nampak dan dengar apa yang orang tak dengar. OKlah kita tutup sebelah mata pasal ni,
2- dia ada 2 watak Suria Hasanad dan Suria Shai'ad. Bila dia dalam dunia hasanad dia tak kenal orang yang dia kenal semasa dia dalam dunia shai'ad(rujukan-last episode-bila dia tak kenal Ezal or Rezal).Dia cuma kenal Zaid dalam dunia hasanad. So, bila dia dah tidak lagi bermukah dengan bapak tiri dia (dunia shai'ad) dia mula teringat kat Zaid. Dia pun mula masuk dunia hasanad dia balik. Tapi encik pengarah lupa. macammana ada recap dia dah memperkenalkan Zaid pada Ezal(masa sekolah menengah).Maksudnya no way dia tak kenal Ezal dalam dunia hasanad.Sepatutnya dia kenal Ezal dalam both world.
3-The superhot Psychologist, amazing, all this while Safura the psychologist tahu yang suria ada 2 identiti tapi, tak ditunjukkan pun ada usaha dari psycho doc ni untuk membantu dia. Everybody focused on nak tolong mak dia yang dikatakan dah termasuk dalam dunia khayalan Suria. Saya belum pernah dengar lagi ada orang normal yang termasuk dalam khayalan orang tak normal. Mungkin kesnya ada tapi saya yang kurang sensitif, tapi kenapa tak si psycho doc yang dibayar ini membantu kedua dua (kalau betullah kes seumpama wujud which i doubt). Boleh pulak tu biar Suria dalam dunia dia saja tanpa dibantu sesiapa.
4-Usually, MPS occur to someone yang dah underwent very very traumatic event masa kecil.I repeat very very traumatic event, maybe kena rogol, dera atau yang sewaktu dengannya. so, the other personality ni adalah yang agresif yang membantu personaliti yang lagi satu yang lemah so macam self defense system. Tapi dalam kes Suria, saya tak nampak pun Suria tu pernah trauma atau apa apa. Cuma dibuat seolah olah sebab dia suka duduk dalam dunia dia dan baca buku cerita. Ada pulak recap oleh Salman masa berebut batu dengan Suria dan dia kata Suria gila. As if she was born with it or maybe sebab dia suka bacaa buku cerita. How weird.