Friday, August 04, 2006

aku seorang yang pelupa. sangat pelupa. jadi bagi mengurangkan kesan kesan yang aku alami akibat keterlupaan aku tu, aku buat macam rutin yang aku panggil rutin harian. maksudnya lepas a aku buat b, pastu c pastu d.
tapi aku tak tulis dan tampal kat dinding macam kebanyakan orang sebab aku malas nak tulis.cuma ingat dalam kepala saja pastu cuba amalkan setiap hari. kesannya sangat bagus. aku dah sangat jarang terlupa. kiranya sistem yang aku reka sendiri tu berkesan la.
tapi ada satu kesan yang aku terlupa nak masukkan dalam kira-kira aku semasa memulakan aktiviti rutin ni.kalau aku terlewat dan terus mulakan hidup aku dengan b, adakah aku akan buat a sebab dalam kepala aku lepas b terus c, pastu d.so untuk hari tu adakah aku langsung akan tak buat a?.
hari tu aku bangun lewat. rutin yang aku buat adalan bangun pagi gosok gigi, sembahyang, mandi pastu siap pergi kerja.
Oleh sebab terlewat bangun, dah cerah aku bangun terus amik wudhuk, sembahyang, mandi terus pergi kerja.
sampai tempat kerja baru aku perasaan yang aku lupa gosok gigi.sudahnya satu hari tu aku pergi kerja tak gosok gigi. Satu hari tu jugak aku terus hilang keyakinan diri nak bercakap pun malas, kalau kawan buat lawak pun kena ketawa sambil tutup mulut. Rasanya tak dak orang sedar pun tapi...
Dulu aku ada la rasa bangga jugak dengan diri sendiri sebab dah berjaya mengatasi masalah pelupa aku tu.
sekarang cuma boleh berdoa supaya tak bangun lewat lagi.