Thursday, April 29, 2010

natrah

Saya baru habis membaca buku natrah. Hasil tulisan saudara Isa Kamari yang saya beli di pesta buku PWTC baru baru ini. Sudah lama saya mencari baru kini saya mendapat. Memang telah lama saya kempunan untuk mencari natrah, untuk mengorek apa kisah yang sebenarnya berlaku dan kehadiran buku ini di depan mata seolah olah kek keju sedap yang datang bergolek dari langit.
Berkisar dari natrah dari kecil sehingga dewasa. Buku ini amat sesuai bagi semua untuk memahami kisah sebenar nenek natrah ini.
Secara peribadi, kisah ini memberitahu saya satu perkara, bahawa agama islam yang suci ini milik Allah, dan nikmat menerima hidayah islam itu adalah nikmat terbesar sekali bagi seseorang manusia. Ibu Natrah merupakan seorang muslim yang akhirnya menjadi penyembah jesus setelah berkahwin dengan askar belanda. Natrah juga asalnya kristian tetapi diislamkan ibu angkatnya dan akhirnya dikristiankan kembali oleh ibunya....
Permulaannya konflik cuma antara perebutan Natrah oleh ibu dan ibu angkatnya...akhirnya berubah menjadi pergaduhan antara undang undang barat dan undang undang islam...
Natrah datang ke Tanah Melayu sebagai Natrah yang menyembah Allah dan akhirnya keluar dari Tanah Melayu sebagai Maria penyembah jesus.
Mmemang betullah la...sedangkan Abu Talib bapa saudara nabi sendiri pun mati dalam keadaan kafir...Agama ini milik Allah...kita sepatutnya bersyukur kerana telah terpilih untuk menyembahNya...dan nikmat ini perlu disyukuri sebab Allah maha kuasa untuk menarik balik bila bila masa saja...kisah natrah membuktikan...

Saturday, April 10, 2010

~penat~

saya dah penat...
saya tak tahu akan jadi sepenat ini
kalau saya tahu
saya akan elakkan diri sahaja
rasanya masih belum terlambat...
untuk hilangkan penat ini
cuma untuk hilangkan penat ini
buat saya lagi penat...
bila baru awak boleh faham...
macamana baru awak boleh faham...
oo00oo