Tuesday, March 28, 2006

jamban

Dulu aku tak kenal pun jamban mangkuk. Tipikallah orang melayu, kampung, mana ada jamban duduk. Yang ada cuma jamban cangkung. dengar, tengok dalam tv pernah lah. Masa zaman kanak-kanak tak pernah merasa membuang atas jamban duduk. tengok dalam tv macam best saja. tak lah macam jamban cangkung. Mencangkung lama sikit dah kebas dua-dua kaki.
Pernah tengok jamban duduk secara live masa masuk usm. desa bakti, blok aku ada 6 jamban.1 sampai 3 jamban duduk.4 sampai 6 jamban cangkung (jamban favourite no. 6). Itu pun tengok saja. Merasa nikmat jamban duduk belum lagi sebab masa tu macam geli saja. Tisu toilet pun tak dak.
Sekarang dah kerja ada 2 toilet. Biasalah 1 untuk laki 1 lagi untuk pompuan.Toilet pompuan ada 2 (1 duduk, 1 cangkung). toilet laki pun 2 gak, tapi dua-dua jamban duduk. Ofis kami cuma ada 2 lelaki saja oops tambah lagi satu cleaner. So orang perempuan di izinkan guna kedua-dua jamban tapi orang lelaki cuma layak guna jamban untuk lelaki saja.
Berbalik kepada kisah aku, dulu aku tak suka toilet duduk. tak tau kenapa. Mungkin nikmat nya tak senikmat jamban cangkung, atau feel dia tak sehebat jamban cangkung. Aku cuma buat andaian suka hati aku saja. tanpa merasa sendiri. So ke-tidaksuka-an aku tu tak punya bukti kukuh.
Kat tempat kerja disebabkan ada sedikit masalah aku prefer untuk guna jamban duduk kat toilet lelaki. Aku berjaya mendidik bontot aku menerima dinding jamban duduk. Memula dia (bontot aku) macam memberontak sikit- tak mau bekerjasama dengan perut aku yang dah senak nak mampos. tapi, lama kelamaan ok ja. dah biasa.
So sekarang jamban duduk atau cangkung bukan lagi satu masalah buat aku. Andaian tanpa bukti kukuh tak lagi bermakna buat aku. Aku tak suka tak bererti aku tak kan suka. you just need to press the right button...

Sunday, March 12, 2006

kabel

Adik perempuan saya akan berpraktikal bulan jun ini. Dia menggunakan pengaruh pak cik saya, orang yang agak berpengaruh untuk menolongnya. Kiranya mengikut istilah orang sekarang sebagai kabelnya lah.
Saya berbual dengan ayah, saya katakan padanya saya tak suka menggunakan kabel kerana lebih suka berusaha mendapatkannya sendiri. Lebih bermakna. Ayah juga bersetuju. Saya seterusnya bertanya bagaimana ayah saya berjaya memasuki angkatan tentera (belajar sehingga tingkatan 3 sahaja - (berhenti secara sukarela)), berkhidmat bersama sama pasukan perisikan pula (intelligent). Ayah mula bercerita dulu masa kerja kutip bola golf (apa namanya - kedi mungkin), Kena tangkap polis (samseng sungguh bapaku dulu) sebab bergaduh dengan orang. Kemudian kena bicara. Hakim yang membicarakan kes ayah saya pada masa itu secara kebetulannya adalah Sultan Azlan Syah. Ayah kena denda RM 150 ringgit (sungguh bahagian ni saya kurang percaya pada mulanya). Sambil Baginda sultan memberikan tawaran, mengumpan ayah saya memasuki angkatan tentera. Saya kira barangkali dia juga sudah bosan membicarakan kes ayah saya (ini bukan kali pertama). Ayah pun setuju.
Kemudiannya saya ketawa seperti orang gila. Ayah melihat terpinga-pinga. "Itu pun kira kabel jugak lah yah" Kata saya sambil menyambung ketawa."eh mana boleh kira macam tu, dulu susah nak masuk tentera",balas ayah. Tapi saya masih tak berupaya berhenti ketawa. Kalau orang lain tentu dah kena, tapi saya anak kesayangan dia. Tak lah saya kena.

Thursday, March 09, 2006

kek coklat dan kek buah

Dulu saya suka makan kek coklat, sebenarnya sekarang pun saya masih berkeinginan untuk makan kek coklat. Tapi malangnya kek coklat saya sudah habis. Saya juga kesempitan wang untuk membeli kek coklat yang baru. Lalu saya pun membuat keputusan, yang saya kira pada waktu itu adalah keputusan yang bijak. Saya ubah kesukaan saya dari kek coklat kepada kek buah yang harganya jauh lebih murah. Pada fikiran saya baki kek buah yang saya beli itu boleh saya simpan untuk membeli kek coklat lagi. Pada peringkat permulaan kek ini biasa saja rasanya, walau pun kek coklat dulu jauh lebih menyelerakan berbanding kek buah ini. Saya terus menjamah kek buah ini, dalam masa yang sama menyimpan wang untuk membeli kek coklat (sesungguhnya saya masih setia dengan kek coklat ini ) dan juga membayar hutang piutang saya. (saya dulu pernah berhutang bagi membeli kek coklat kegemaran saya - masa itu saya terlalu suka dengan kek coklat, tapi saya tidak mempunyai wang dan saya masih terlalu muda untuk memiliki wang saya sendiri). Saya memujuk mulut saya, lidah saya, esofagus saya, perut saya, usus kecil dan besar menerima suasana baru ini. Pada peringkat permulaan, semua organ dalaman saya boleh menerima kek buah tersebut. Seperti yang telah saya nyatakan di awal tadi walau pun tak sesedap kek coklat dulu, tetapi kek buah ini masih boleh dimakan. Tetapi entah apa yang tak kena, setelah beberapa ketika kek buah ini mula rasa tidak sedap. Masam, tawar, mungkin dah nak basi. Saya lihat tarikh luput, masih ada beberapa lama lagi. Apa sebenarnya yang berlaku? Saya sudah tidak faham. Adakah saya tidak berupaya lagi memujuk organ dalaman saya menerima kek ini. Atau saya sendiri sudah tidak mampu menipu diri sendiri bahawa kek buah ini sebenarnya tak sedap rasanya. Apa yang perlu saya lakukan, saya sudah buntu, nak membeli kek coklat semula, saya masih tak mampu, nak meminjam wang untuk mendapatkan kek coklat semula, saya dah malas berhutang. Tapi saya masih menaruh harapan untuk menjamah kek coklat tersebut, mungkinkah saya perlu cari kek lain menggantikan kek buah tersebut dan meneruskan perancangan saya. Atau mungkin ada cara lain tetapi saya masih dalam kesamaran. Saya sudah tak tahu, tapi masih menyimpan keinginan untuk tahu.

Wednesday, March 08, 2006

itam

Akhirnya pak itam berjaya pas ujian bertulis untuk lesen moto.
haha mesti dia sangat lega sebab itu dah percubaan keempat dia, aku jugak yang sedey sebab dulu dah janji bila dia dapat lesen nak belikan moto untuk dia..huhu kena beli lah jugak... sapa suruh sesuka hati menabur janji
aku ngan azlie amik sekali dah pas dia ni ntah kena badi sapa ntah 4 kali baru pas...hai la adik aku...

Monday, March 06, 2006

a journey home

Demam teater lom abih lagi,
jumaat lepas balik kampung,
tiket bas (prop yang menghidupkan cerita - merangkap bahan paling penting untuk pementasan ni) tak beli sebab nak beli kat situ terus konon, 6.00 keluar ofis terus pegi puduraya (pentas utama). sampai stesen terus pegi beratur kat kaunter transnasional. pak cik kat depan tu ntah apa masalah dia lama sangat maleh nak tunggu, masuk puduraya pegi kaunter tiket yang. tanya kaunter tu tiket balik penang yang paling awai 11.30, tanya kak yang jaga "lagi awai tak dak ka?" abih la dik...
tak pa pastu cuba basib kat kaunter lain .. tetiba sampai kat satu kaunter dia kata ada bas jam 8.30. pikir punya pikir aku pun amik.
aku pi melepak dulu sebab awai lagi
8.15 aku sampai kat puduraya balik, 8.30 turun tangga nak naik bas.sorang pak cik mai panggil kami semua yang naik bas sama pegi depan maybank. tunggu lama gak satu bas sekolah mai. siot tull. bas sekolah la plak. Bas tak leh naik lagi budak pompuan tu dah kutip tiket..apsal kutip tiket sebelum naik bas. aku dah kompius.. tapi memandangkan semua orang dah bagi aku pun bagi.. pastu kak tu kena marah dengan sorang pakcik sebab kutip tiket awai awai.hehe padan muka dia
tak suka berebut biar orang lain naik dulu, aku naik last sekali, tak dak seat, 4 orang termasuk aku kena turun bas. bas sekolah tu pun jalan menuju ke pulau pinang...rasa nak bakar ja bas tu ..huhu padan muka aku
pak cik yang sama bawak balik pe puduraya. dia cakap ngan kawan dia pakai walkie-talkie.ada bas dia suh tunggu. watak seterusnya datang (watak kegemaran aku), sorang pakcik mai ajak kami pi kat bas. lagi 2 orang tak leh naik sebab diorang nak pi penang, bas tu sampai butterworth saja. selamat aku. ada sorang brader (watak yang menjengkelkan - nampak sangat saja nak tunjuk macho depan awek dia) ngan awek dia cun gila. dia tanya sesuatu ngan pak cik tu. aku tak dengar. pak cik tu kata " mana saya tahu, orang kat atas yang jual tiket. keja saya cuma amik orang bawak pi ke bas."dua tiga kali abang tu tanya (aku agak) sebab dua tiga kali gak aku dengar pak cik tu cakap benda yang sama (suara dia kuat-semua orang pun dengar - lontaran suara yang sangat bagus)...
part yang paling aku suka bila brader tu cakap pasai time pak cik tu jawab "cakap pasal time bas awak pukul berapa, awak datang pukul berapa, 4 kali saya datang amik orang kat sini saya tak nampak awak pun, awak kat mana",kih kih, salah dia rupanya... nak tunjuk terer konon. brader tu tak puas ati lagi. dia usah pak cik tu. pak cik tu usha balik..bila mata bertentang mata... aku plak naik hot, bila nak abih ni. dah la aku penat...pastu watak aku pun masuk. dialog aku "dah lah tu, orang nak balik ni"...sikit ja dialog aku tapi berkesan.. sebab pastu pak cik tu blah bawak kitorang dengan brader tu sekali ngan awek dia mengekor di belakang pak cik tu menuju ke bas.. semua orang gembira.. ingatkan dah tamat.. bas baru (bas persiaran - prop yang cantik siap ada tv lagi) tu plak tak mau jalan selagi tak penuh. masa aku naik plak setengah lagi seat kosong.. kambing tull (menggantikan perkataan yang mencarut)...
sorang awek cina (watak awek gangster, panas baran, manja,. isap rokok - nak tunjuk macho) plak memainkan peranan dia.. cakap dalam phone....memula dia cakap cina pastu tetiba cakap melayu plak dialog dia "ntah la bas lancau, bila mau sampai"... dia tunggu sat pastu turun dengan muka bengang. pastu naik balik muka cam nak nangis. amik beg terus blah (dia sangat pandai bermain memek muka - kalau pementasan ni masuk pertandingan sure dia menang aktress terbaik )
...dekat jam 11 bas jalan... lega ati...sebenarnya ada lagi beberapa watak lain yang wujud dalam pementasan ni tapi watak diorang kurang berkesan dan tak bertapak di hati aku.. so aku tak masukkan di sini...
tiga pagi ayah kesayangan aku (watak utama) dah tunggu kat jeti hehe... sangat seronok mamijakkan kaki di atas bumi pulau pinang ni...