Kawan baik kita
Masa belajar saya telah diberitahu mengenai isu ini. ini bukan isu baru tapi kajian terbaru membuktikan sebaliknya. Ada 2 jenis sinaran. Sinaran mengion dan sinaran tidak mengion. Handphone yang kita guna hari hari juga ada mengeluarkan sinaran, tapi dalam kategori sinaran tidak mengion - maksudnya frekuensi yang digunakan adalah kecil dan dianggap tidak merbahaya.Ia dianggap tidak mengakibatkan berlaku strand break pada DNA yang boleh mengakibatkan mutasi. Jadi selama ini kita mengganggap ia kawan baik kita.
Terbaru atau sepatutnya saya baru baca kajian yang dilakukan oleh HUKM - dan hasilnya memeranjatkan saya. Kawan baik bukan lagi kawan yang baik. Rujuk majalah Prospek Malaysia keluaran Jun muka 54. Mereka menggunakan sinaran tidak mengion pada kadar separuh yang digunakan dalam handphone kita iaitu dalam julat 800-2100 MHz-sumber sini. Eksperimen ini dijalankan atas tikus bunting dan berjaya menghasilkan anak tikus baru yang 9/10 mengalami kecacatan setelah didedahkan kepada sinaran tidak mengion tersebut. Dan bila eksperimen tersebut diulang semua anak tikus mati dalam minggu pertama.
Saya pelik kerana ini bukan yang saya belajar. Faktanya ssepatutnya bukan begini. Bila saya mula mencari di internet mengenai isu ini ada banyak sebenarnya kajian yang telah dilakukan dan hasilnya lebih kurang sama. Kawan baik kita sedang tikam kita dari belakang.
Atau sebenarnya dia bukan kawan baik kita-Kita saja yang anggap dia begitu.
nota kaki//Saya tidak mahu ulas mengenai hubungan kanser dan radiasi handphone, kerana kanser bergantung kepada kebarangkalian.//